Sunday, 22 April 2018

Tips Umrah Mekah Madinah

Akhir bulan November tahun lepas (2017) alhamdulliah dapat menunaikan umrah dengan keluarga. Aku tuliskan sedikit tips semasa di Madinah & Mekah.Supaya dapat tambah persediaan kesana lagi nanti Insyallah.

Kawan-kawan yang ada tips tambahan, tulis saja dalam komen. Nanti aku tambah dalam list ini dan dapatlah kita kongsi ilmu sama-sama. Aku mulakan ya.

1. Wakaf Quran
Untuk wakaf Quran, kerusi dll beritahu saja pada mutawif. Beri nama, serah duit dengan akad ke mutawif korang. Kalau beli sendiri, cop wakaf & letak sendiri dalam masjid nanti Quran akan dikeluarkan. Selain Quran,kita juga boleh berwakaf kerusi solat.

2. Vaselin & ubatan
Bawa Vaselin, krim badan. Cuaca kering, sekejap panas sekejap sejuk kulit & bibir cepat menggelupas. Bawa ubat yang biasa makan & makanlah ikut time.Multivitamin, panadol, ubat batuk dari Malaysia pun elok dibawa.

3. Sejadah
Bawa sejadah kecil. Kadang kala terlewat sampai masjid, kita kena solat dimana-mana saja ruang yang ada hatta laluan orang atau tepi tong air zam-zam. Bawa sejadah tebal jika orang tua sakit lutut supaya tidak sakit ketika sujud.

4. Sesat
Set tempat nak jumpa dengan ahli keluarga jika perlu berpisah tempat. Kenalpasti beberapalandmark tempat tu. Sentiasa pakai lanyard travel agent. Jika tak tahu hotel dimana, tunjuk maklumat yang ada dilanyard pada mana-mana mutawif Malaysia.Nak kenal mutawif Malaysia biasanya berjaket,kalau takpun minta je tolong orang yang muka Malaysia tu.

5. Sedekah
Boleh sedekah wang pada mereka yang susun Quran, sapu sampah dll.

6. Solat
Solat jenazah hampir setiap waktu ada. Lepas habis solat fardu, tunggu sekejap jika ada solat jenazah & ikut imam.Lepas tu buatlah solat Baqdiah, taubat, hajat dll. Di Mekah, tiada waktu haram solat. Solatlah bila waktunya pun.

7.Jaga wuduk
Tips ummi,makan buah delima hari-hari, mudah melepas. Dapatlah bertahan lama wuduknya.

8.Solat di depan Kaabah
Selesai tawaf, kita bersolat sunat didepan Kaabah. Tengok Kaabah instead of tunduk tengok lantai. Ustaz kata dapat pahala lihat Kaabah.

9. Raudah
Aku dapat pergi sekali sahaja & penuh dugaan. Sebaiknya pergi selepas Subuh. Waktu dibuka untuk wanita tak lama kena cepat-cepat ke pintu Raudah. Ikutlah arahan pengawas bertugas tu.

10. Shopping
Lagi selesa beli di Madinah. Mekah pun ok je. Pandai2 tawar harga. Seller dia sekejap cakap bahasa Arab, Indonesia, English..eh semua dia teriak.

11. Bacaan masa Tawaf & Saie
Bawa buku doa yang ada tali senang takpayah pegang. Ustaz juga pesan kalau tak sempat nak baca dengan nak ikut jalan bersama, orang rempuh lagi..kita baca saja selawat, doa yang kita tahu.

12. Ziarah muzium
Ikut mutawif rapat-rapat. Boleh dengar dia terangkan baru faham gambar & barang yang dipamerkan. Rakam video lagi bagus.

13. Tahalul
Bawa gunting kecil untuk bertahalul atau menggunting sikit rambut. Jika tak kena pinjam gunting orang lain.

14. Starbuck
Jangan risau disini ada saja Starbuck, KFC, McD insyallah tak kebulur.Kedai ni kebanyakannya take-away. Takde kerusi meja nak duduk-duduk.

15. Airzam-zam
Bawa botol air kecil semasa nak pergi masjid. Sebelum keluar masjid minum dulu air. Isi juga air zam-zam dalam botol sebab kadang-kadang hotel jauh nanti haus.

16. Tumbler air
Letak air zam-zam sejuk, nyamanya je tekak minum. Boleh juga buat tapau air panas kat dewan makan.

17. Spek hitam
Sebab saya silau & kadang tempatnya berdebu. Jadi bawalah spek memasing.

18. Plastik kasut
Ada disediakan dipintu masuk. Letak kasut dalam plastik & bawa dalam masjid. Tinggal kasut kat luar atau selit-selit je, nanti dia keluarkan kau tak jumpa balik. Beli beg/ kantung kasut awal-awal.

19. Susu
Sedap, pekat susu kat sana. Dapat double choc fuh terasa susu cekelatnya. Pepsi pun aku beli sebab ada tulis jawi kat tin dia hehehe

Haa..ini dulu yang aku ingat. Kawan-kawan yang nak tambah tips, tulis je di komen. Insyallah aku salin balik tambah dalam list ni. Semoga kita semua diberi peluang umrah dan haji diwaktu masih sihat ini Aminn..

Wednesday, 20 December 2017

Backpacking Laos 2017 Hari Ketiga

Adah dan Nurin bangun sedikit awal untuk melihat upacara alms giving. Aku pula masih tergolek diatas katil.


Tidak lama kemudian mereka pulang. Hanya sempat melihat sedikit saja katanya. Esok kami akan pergi lagi.


Beg diangkut ke bawah untuk check-out. Kami berjalan melalui Morning Market ke arah Viem Khae Khong, rumah tumpangan kedua kami.

Terjumpa

Backpacking Laos 2017 Hari Kedua

Adah dan Nurin ke Bukit Phousi. Aku tak mahu mendaki pagi-pagi. Jadi aku melepak dibilik tengok drama Mad Dog. Di Laos pun layan KBSWorld astaga.

Menunggu air panas di pantri rumah tumpangan. Sampai ke sudah tak panas-panas airnya.

Aku fikir mereka berdua sudah sampai atas bukit. Rupanya sangkut ditengah jalan. Sempat membeli baju tradisional untuk anak buah katanya.

Sekitar pukul 9 pagi, kami bertiga bertemu dikaki Bukit Phousi, betul-betul berhadapan dengan Luang Prabang Museum. Aku pernah kesini tahun lepas, namun tidak jadi masuk kerana harga tiket agak mahal.

Kali ini baru kutahu, bayaran tiket hanya untuk masuk ke dalam muzium raja. Jika hanya mahu berjalan disekitar luar, tidak perlu bayaran.

Kami berjalan disekitar muzium. Terdapat statue King Sivavong, raja Laos , sebuah teater, kolam bunga teratai dan pameran kereta diraja.

Misi sekarang adalah mencari rumah tumpangan untuk hari Ahad dan Wat
.
Setelah survey beberapa tempat, kami akhirnya menempah bilik di xx view. Harga sebuah bilik adalah xx,000 kip dengan dua katil single.

Kami menempah satu bilik dan minta dirapatkan katil dengan harga 210,000 kip. Alhamdulliah, mereka benarkan. Aku dahulukan 100,000 kip sebagai deposit.

Lega sudah menempah penginapan, perjalanan diteruskan mencari wat. Jalan kecil dan kurang sibuk disini. Kami berjalan perlahan berbual-bual.

Sesekali berhenti melihat bot dan restoran yang menghadap sungai Nam Khawn. Terdapat sebuah Restoran India Muslim ditepi sungai ini. Kami menempah Nasi Goreng Ayam dan Nasi Goreng Daging dengan harga 25,000 kip sebungkus.

Nasi ini buat bekal makan tengahari kami di Kuangsi nanti. Wat yang dicari masih belum jumpa. Kami sekadar berjalan-jalan melihat harga kopi dan khidmat urut.

Singgah membeli kopi Lao dengan susu pada harga 12,000 kip. Pekat, manis sedap. Tapi belum boleh cabar kick kopi Vietnam.

10.30 pagi kami berjalan balik ke Phanthasone Guesthouse. Berehat sekejap sambil mengecas telefon. Kami akan dijemput oleh Andy dan ke Kuangsi bersama Naza dan kawannya..

Backpacking Laos 2017 Hari Pertama

27/10/17
Flight AK yang sudah dua kali dijadual semula, sekali lagi penerbangan ditangguh. Pintu boarding dibuka lewat 12.20 tengahari. Hujan renyai-renyai.

Tempat duduk nombor 30, paling jauh pernah aku duduk. Berdentam dentum krew kabin, setiap kali orang flush di bilik air pun boleh dengar.

Kalut dan bising betul kumpulan mak cik, pak cik berbangsa Cina di tempat duduk nombor 29.

Rupanya makcik sebelah aku dari negara China. Dia tidak tahu mengisi borang Arrival & Departure. Aku bantu dia mengisi borang itu satu persatu.

Bercampur aduklah bahasa Melayu, Inggeris dan China. “Keeyi ma?” “Keeyi.” Muslim dari Shanghai rupanya.

Selepas beberapa turbulance, kelihatan bukit-bukit menghijau dan air sungai warna teh tarik. Kapal terbang mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Luang Prabang.

Terdapat kaunter warganegara, warga asing dan Visa on Arrival. Kus semangat juga tengok bayaran visa sehingga $30.

Urusan imigresen agak perlahan dengan hanya satu kaunter untuk pelancong asing. Semasa beratur, sempat kami berbual dengan dua orang pelancong  Malaysia beratur didepan kami.

Selesai urusan imigresen dan tiada check-in luggage, kami terus menuju ke kaunter menjual simkad. Terdapat dua syarikat telefon utama iaitu Lao Telecom dan Unitel.

Kadar yang ditawarkan bermula 3GB,5GB dan seterusnya. Usai Adah dan Nurin membeli simkad dengan harga $5, kami menuju keluar.

Terdapat beberapa booth menjual simkad juga. Kami sekadar singgah melihat pakej disini pulak. Masyaallah, harga yang diberikan lebih murah iaitu $4.

Dengan hanya beberapa langkah tambahan, kami sepatutnya dapat menjimatkan $1 setiap simkad. Tak mengapalah.

Disini juga ada kaunter money changer. Kadar tukarannya baik. Nampaknya Ringgit diterima disini. Matawang Kip tidak dijual diluar negara, oleh itu kita perlu sampai  di Laos untuk dapatkan wang Kip.

Selain US Dolar, Ringgit dan Baht juga boleh ditukar disini. Bersebelahan dengan money changer ini adalah kaunter teksi. Bayaran sebanyak 25,000 kip bagi tiga orang terus ke rumah tumpangan.

Kami bertemu lagi dengan Naza dan kawannya didalam van. Seorang pelancong dari Brazil juga ada bersama. Hanya tunjukkan nama rumah tumpangan dan pemandu akan hantar terus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Bekas bandar kolonial Perancis, tidak hairanlah banyak binaan bangunan disini terdapat pengaruh kolonial.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...